( Tindakan online APYN sehingga November)
Bayangkan seketika bagaimana kehidupan anda seharian sekiranya anda salah seorang daripada 2.6 juta pekerja domestik di Indonesia, sebahagian besar daripada mereka merupakan gadis dan wanita- semuda 12 tahun atau 13 tahun.
Setiap hari untuk majikan dan keluarga mereka:
- Anda secara umumnya perlu memasak, membasuh baju, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan membeli-belah
- Anda selalunya akan brkerja untuk masa yang lama, dibenarkan untuk rehat sebentar atau langsung tidak; laporan menunujukkan ada dalam kalangan pekerja domestik yang terpaksa bekerja selama 21-22 jam sehari, tujuh hari seminggu.
- Anda bermungkinan tidak dibenarkan untuk mengambil cuti walaupun cuti umum.
- Anda selalu tidak dibayar gaji selama beberapa bulan dan sekiranya dibayar, gaji tersebut adalah lebih rendah daripada apa yang telah dijanjikan dan sering kali kurangd aripada gaji minimum yang ditetapkan di Indonesia.
- Anda juga tidak boleh meninggalkan rumah majikan atau tidak dibenarkan menyertai mesyuarat atau aktiviti sosial di luar rumah. Anda mungkin dikurung di dalam rumah pada waktu malam.
- Anda terdedah dalam risiko mengalami gangguan fizikal dan sexual dan mempunyai peluang terhad untuk mendapat keadilan, ini bukan hanya kerana had undang-undang tetapi anda juga takut untuk bersuara kerana bimbang kehilangan kerja anda.
Bayangkan ini, setiap hari..
Pekerja wanita domestik di Indonesia menghadapi pencabulan hak asasi manusia termasuk explotasi ekonomi, kondisi tempat kerja yang kurang baik serta diskriminasi jantina. Dianggarkan lebih kurang 2.6 juta pekerja domestik terdedah kepada keganasan psikologi, fizikal dan sexual. Di Indonesia, pekerja domestik wanita tidak dilindungi oleh akta yang berkaitan dengan perlindungan hak-hak pekerja domestik iaitu No.13/2003, Undang-Undang tentang Ketenagakerjaan.
Untuk beberapa tahun, persatuan masyarakat civil yang aktif memperjuangkan hak-hak pekerja domestik dengan berkempen untuk undang-undang khusus bagi pekerja domestik agar mereka diiktiraf secara sah sebagai pekerja dan hak mereka terjamin.
Bayangkan sebentar, apa ynag anda boleh lakukan untuk mengubah kehidupan harian pekerja domestic.
Parlimen Indonesia telah menyertakan bil pekerja domestik di dalam agenda legislatif untuk tahun 2010. Kumpulan pekerja domestik dengan koordinasi gabungan pekerja domestik Jala-PRT telah merancang beberapa siri aktiviti untuk beberapa bulan akan datang bagi memastikan bil tersebut didebatkan dan diintegasikan hak asasi manusia antarabangsa. Bagi menyokong usaha initiatif Jala-PRT dan rakan-rakan global dan menyoroti keprihatinan di bawah, kami ingin menggesa anda untuk mengambil tindakan segera dengan meletakkan nama anda pada surat di bawah.
Nama dan maklumat anda akan disertakan pada salinan surat kepada Pengerusi Komissioner Ke-11 Parlimen Indonesia. Komissioner ini akan mendebat dan menggubal draf bil.
Ambil tindakan segera dan bantu melakarkan hari yang lebih baik.
Borang Tindakan
Pengerusi, Komission ke-11 Parlimen
Dewan Rakyat
Dr. Ribka Tjiptaning
Kompleks Gedung Dewan Perwakilan Rakyat
Jl. Gatot Subroto
Senayan
Jakarta, 10270, Indonesia
Fax: +62-21-5756045
Kepada Dr. Ribka Tjiptaning,
Tujuan saya menulis surat ini adalah bagi meningkatkan kesedaran bahawa pekerja domestik tidak diiktiraf secara sah dari segi undang-undang dan tidak dapat menikmati hak-hak yang telah dimaktubkan oleh undang-undang dan standard antarabangsa.
Saya memahami bahawa Komissionar ke-11 Parliament bertanggungjawab terhadap debat dalaman dan penggubalan draf bil Pekerja Domestik.
Saya merayu kepada pihak tuan untuk menimbangkan penyertaan provisi-provisi yang menghormati hak asasi manusia iaitu termasuk:
- provisi-provisi yang berkaitan dengan jangka waktu bekerja yang berpatutan berdasarkan penakrifan yang jelas berpandukan 24 jam sehari dan seminggu.
- Takrifan yang jelas berkenaan cuti seperti cuti mingguan dan tempoh cuti termasuk cuti tahunan, cuti sakit, cuti umum dan cuti bersalin.
- Standard yang jelas bagi menjamin remunisasi yang mencukupi untuk menjamin kehidupan bermartabat; aturan yang jelas mengenai kerja malam dan kerja lebih waktu termasuk remunisasi yang mencukupi.
- Standard yang jelas bagi pemberhentian kerja, mekanisme resolusi permasalahan termasuk akses untuk ke muka pengadilan.
- Hak untuk perbincangan kolektif dan kebebasan berasosiasi juga harus dijamin untuk pekerja domestik.
- Provisi-provisi bagi menubuhkan satu mekanisme bagi memantau situasi pekerja domestik.
- Provisi-provisi bagi memastikan hak-hak sexual dan reproduktif bagi pekerja domestik termasuk akses kepada maklumat dan servis perancangan keluarga serta kontrasepsi.
Saya memohon pihak tuan untuk memastikan adanya perlindungan yang adil dan sama rata bagi pekerja domestik dan tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan diskriminasi gender, keganasan psikologi, fizikal dan sexual serta pencabulan hak asasi manusia yang lain.
Terima kasih atas penimbangan pihak tuan.
Yang Benar.
[Borang]



